Raudhah Autisme (RA) ditubuhkan oleh 17 keluarga yang mempunyai anak Autisme berkefungsian rendah (low-functioning). Secara tradisinya, OKU low-functioning di Malaysia bergantung kepada keluarga sepanjang hidup mereka.
Tetapi dalam dunia hari ini, ketika hidup semakin sukar dan mencabar, kita menyedari bahawa tidak adil untuk mengharapkan adik-beradik mengambil-alih tanggungjawab ibubapa setelah mereka tiada nanti.
Idea penubuhan RA ini adalah satu konsep baharu. Ibubapa RA memilih menjadi pelopor dalam usaha penubuhan rumah komuniti Raudhah Autisme sebagai sebuah Pusat Kehidupan Berdikari untuk golongan belia Autisme.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, kumpulan RA memutuskan untuk terus maju dengan mengumpulkan dana dan sumber dalaman bersama-sama.
Raudhah Autisme adalah sebuat organisasi yang berdaftar dengan ROS No: PPM-017-10-07072019 & Tarikh ditubuhkan 7 Julai 2019
Pertubuhan Raudhah Autisme Islam Selangor (PPM-017-10-07072019). Website managed by Exabytes. All rights reserved.